Saturday, September 20, 2008

JAMU MAK DARA

Jamu Mak Dara sungguh Unik!!





Ingin berkongsi pengalaman dan juga setiap masalah yang di hadapi oleh mereka yang sudah jatuh cinta dengan JAMU MAK DARA.....juga Jamu Anak Dara.

Setiap kemusyiklan kita leraikan bersama........setiap kegembiraan kita kongsikan bersama..
agar kita jadi wanita yang cantik bukan hanya luaran sedap di pandang mata ...
tapi juga dari penjagaan dalaman baru menyerlah keserian di zahir nya...

Artikel Dari Akhbar & Majalah

FORMULASI JAMU MAK DARA

Mungkin sudah ada wanita Malaysia hari ini yang berkiblatkan Barat dalam soal penjagaan kesihatan dan kecantikan. Namun, kembali kealamsemula jadi merupakan satu prinsip tetap di minati wanita Malaysiasekarang dalam memelihara keanggunan mereka.

Menyokong usaha murni itu ialah pengusaha Jamu Mak Dara , Halimah Shuib , 62tahun, yang turut mengamalkan pemakanan jamu sejak berusia 15tahun.Beliau mewarisi resepi dan petua jamu yang di perturunkan daripada ibu nya, Mak Dara, yang pernah mencipta nama di Rengit Johor.

Langkahnya yang elegan dan gayanya yang anggun di lihat sebagai masih mampu merampas gelaran Ratu Kebaya jika ia masih di pertandingkan seperti yang pernah di juarainya suatu ketika masa dahulu.

Bukan sekadar segak pada fizikalnya, Halimah Shuib masih gagah berbanding wanita-wanita lain yang seusia nya. Halimah yang tidak pernah berhenti daripada rutin "senaman dalaman wanita" kini giat mengusahakan katering. Beliau juga mengadakan bengkel kecantikan luaran dan dalaman selain perusahaan jamu nya yang terus mendapat sambutan ramai.

Jamu yang di perbuat daripada bahan-bahan asli seperti tumbuh-tumbuhan ,daun-daun , akar kayu,buah-buahan dan bunga-bungan yang mempunyai khasiat tersendiri itu di percayai dapat merawat kesihatan dan dan kecantikan tubuh badan.

"Utamakan cara tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh,luar dan dalam. Semua aspek perlu di jaga sama ada dari segi pemakanan , senaman dan pantang larangg.," pesan Halimah yang telah 47 tahun mengamalkan penjagaan kesihatan secara tradisionalitu.

Keberkesanan jamu sebenar nya bergantung kepada individu yang mengamalkan nya. Jika sekadar mengambul jamu tetapi tidak akur kepada pantang larang atau nasihat yang berkaitan, usaha itu hanya sia-sia.

"Mengambil jamu perlu di amalkan secara berpanjangan. Bermula dari anak dara sehinggalah melangkah ke gerbang perkahwinan dan seterus nya memasuki alam keluarga. Lelaki juga digalakkan mengamalkan nyag bagi memantap kan kesihatan tubuh," tambah Halimah ketika di temui di rumahnya.

Halimah menegaskan bahawa penjagaan kesihatan tubuh sebegini bukan sekadar untuk diris endiri tetapi sebalik nya dapat memelihara hubungan suami isteri agarberkekalan.

Produk jamu Halimah Shuib yang di sediakan berasaskan bahan tradisional itu telah sampai ke Johor, Pahang,Singapura & Brunei.Ia terdiri daripada tiga produk utama :-

JamuSunti , Jamu Mak Dara dan Jamu Pria.

Jamu Mak Dara dikatakan dapat membuat:-

--> tubuh terasa ringan
--> menyingkirkan lemak
-->menghilangkan kegatalan
-->mengurangkan kesan keputihan
-->merawat keadaaan yang terlalu kering atau terlalu basah pada alat sulit.

Ia juga di katakan boleh mengubati:
--> senggugut
-->membantu masalah sakit sendiatau sakit lutut
-->sesuai di gunakan untuk waktu berpantangan selepas bersalin dan
-->berupaya merapatkan faraj wanita.

"Mungkin ramai yang tidak menyukai bentuk serbuk kerana mereka akan dapat mengesan rasa pahit atau payau akar kayu. Namun pengambilan jamu ini untuk satu minggu sahaja sudah menampakkan kesan positif. Lagipun, bentukkapsul mengambil masa yang lebih lama untuk diproses dan kami mahumengekalkan tradisi lama," terang Halimah yang mempunyai 4 orang anakberusia antara 30 hingga 40 tahun.

Jamu yang mendapat perhatian beberapa artis terkenal sperti Nanu Baharuddin, Aleeza Kassindan ramai lagi itu akan menunjukkan kesan awal seperti mudah lawas dandapat membuang angin dari dalam badan.

Jamu Sunti bula dikatakan mengkhusus kepada system haid tidak teratur. Selain itu , jamu untuk remaja perempuan itu juga dapat membantu membuang lemak, meringankan badan, menjadikan badan terasa segar dan membuang angin dari dalam badan dan melawaskan.

Jamu Pria yang di rumus khas utuk lelaki pula dapat membuatkan tubuh terasa lebih ringan dansegar di samping dapat membuang toksin ,lemak dan angin dari dalam badan.

Melalui amalan jamu itu pengguna lelaki dapat membina kekuatan pinggang terutamanya mereka yang sudah berkahwin dan berupaya membekalkan tenaga sepanjang hari.

PETIKAN – Kosmo Jumaat 19 November 2005
Oleh Fatimi Nadiah Zainudeen





~~ TERUJA ......... INI WAJAH IBU HALIMAH TERKINI~ FOUNDER JAMU MAK DARA DAH BERUSIA LEBIH 60AN UMUR BELIAU TAPI MASIH KELIHATAN CERGAS, BERTENAGA SERTA AWEK MUDA!!! ~~